|
MUSYAWARAH "K-EKONOMI" PERINGKAT NEGERI SELANGOR.
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia telah dilantik oleh Kerajaan untuk menyediakan draf plan induk K-Ekonomi bagi Malaysia.
Dalam memenuhi tanggungjawab tersebut, ISIS berusaha mendapat pandangan, cadangan, pendapat dan fikiran dari seramai mungkin golongan masyarakat demi menghasilkan satu pelan yang lengkap dan menyeluruh mengenai
sistem ekonomi berteraskan pengetahuan
Untuk itu ISIS sedang menganjurkan siri Musyawarah di peringkat negeri untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas dari pemimpin-pemimpin di
peringkat negeri, daerah dan mukim yang mewakili Jabatan, Agensi, Badan-Badan Berkanun Kerajaan, Pihak Swasta, dan Badan-Badan Bukan Kerajaan.
Musyawarah di peringkat negeri Selangor akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: Khamis, 1hb Mac 2001 Tempat: Hotel Grand Blue Wave Masa: 8 pagi
|